Saturday, 18 February 2012

AKTA 1972 PINDAAN 1996 (PART 1 TO BE CONTINUED)







Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 77

AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I


Seksyen
1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
2. Tafsiran.
3. Peruntokan mengenai perkhidmatan giat.

BAHAGIAN II

ANGKATAN TETAP MALAYSIA
4. Menubohkan angkatan tetap.
5. Keanggotaan angkatan tetap.

BAHAGIAN III

MENTAULIAHKAN DAN MELANTEK PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN TETAP
6. Mentauliahkan pegawai
7. Jenis -Jenis tauliah
8. Tauliah kehormat
9. Pembatalan tauliah
10. Perlantekan pemangku naib leftenan laut, pegawai muda laut dan kedet.
11. Pembatalan perlantekan.
12. Kenaikan pangkat
13. Pertukaran daripada satu perkhidmatan kepada satu perkhidmatan lain.
14. Pertugasan pegawai-pegawai.
15. Peratoran-peratoran berkenaan dengan pertauliahan dsd. Pegawai.

BAHAGIAN IV

PENDAFTARAN DAN SHARAT-SHARAT PERKHIDMATAN BAGI ANGKATAN TETAP
16. Siapa yang boleh didaftarkan.
17. Pehak berkuasa merekrut
18. Cara pendaftaran dan penyaksian.
19. Jawapan-jawapan falsu dalam kertas penyaksian.
20. Perekrutan yang tidak sah atau penggengguan terhadap perekrutan.
21. Pendaftaran dalam Tentera Darat hendaklah bagi suatu Kor tertentu.
22. Pertukaran dari satu Perkhidmatan kepada satu Perkhidmatan lain.
23. Pertugasan askar laskar 
24. Tempoh pendaftaran
25. Perlanjutan dan pengurangan perkhidmatan.
26. Pertugasan samula askar laskar 



 Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

27. Penanggohan dalam hal hal tertentu mengenai pemberhentian kerja atau pertukaran kepada
simpanan.
28. Perberhentian kerja.
29. Pertukaran kepada simpanan.
30. Menanggohkan pemberhentian kerja atau pertukaran kepada simpanan sementara menanti perbicaraan kesalahan.
31. Rekrut boleh membayar untuk pemberhentian kerja.
32. Hak bagi pegawai waren berhenti kerja apabila di-turunkan ke pangkat biasa.
33.Pemberhentian askar-laskar yang tidak sempurna akal.
34. Kaedah-kaedah bagi mengira perkhidmatan.
35. Sahnya penyaksian,pendaftaran dan pertugasan semula.
36. Peraturan-peraturan mengenai pendaftaran.
37. Tafsiran bagi Bahagian IV.

BAHAGIAN V

KESALAHAN-KESALAHAN DAN HUKUMAN PERKHIDMATAN

Kesalahan-Kesalahan Berkenaan Dengan Perkhidmatan Tentera
38. Membantu musoh.
39. Salah-laku oleh pemerintah dalam perjuangan.
40. Salah-laku oleh orang-orang lain dalam gerakan menentang musuh.
41. Membuat perhubungan dengan musuh.
42. Kesalahan-kesalahan terhadap semangat.
43. Menjadi orang tawanan perang kerana tidak patuh atau kecuaian yang di sengajakan; dan tidak masuk semula dalam angkatan.
44. Kesalahan-kesalahan oleh atau berhubung dengan senteri,dsb.
45. Kesalahan berhubung dengan bekalan.
46. Penjarahan.

Dahagi dan Engkar Perintah

47. Dahagi.
48. Tidak menghapuskan dahagi.
49. Tingkahlaku engkar perintah.
50. Tidak patuh kepada pegawai atasan.
51. Tidak patuh kepada perintah tetap.
52. Menghalang pegawai polis tentera.
53. Menghalang pegawai polis yang menangkap anggota angkatan tentera.

Menghindarkan atau Tidak Melaksanakan Kewajipan Tentera

54. Tinggal Tugas.
55. Tidak hadir tanpa cuti.
56. Membantu dan menyembunyikan perkara tinggal tugas dan tidak hadir cuti.
57. Kenyataan palsu berkenaan dengan cuti.
58. Tidak menghadiri perbarisan atau tidak menjalankan kewajipan.
59. Berpura-pura sakit.
60. Mabuk.

Kesalahan-kesalahan Berhubung dengan Harta

61. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta awam dan perkhidmatan.
62. Kesalahan berhubung dengan harta anggota angkatan tentera.
63. Kesalahan pelbagai berhubung dengan harta.

Kesalahan Berhubung dengan, dan oleh, Orang-orang dalam Jagaan

64. Penangkapan dan pengurungan luar peraturan.
65. Membenarkan lepas lari, dan melepaskan orangsalah secara tidak sah
66. Menentang penangkapan.67. Lepas lari dari jagaan yang sah.

Kesalahan-kesalahan Pelayaran dan Penerbangan

68. Kehilangan atau membahayakan kapal atau kapal udara.
69. Penerbangan dsb. yang merbahaya.
70. Terbang rendah.
71. Penerbangan yang mengusarkan.
72. Perakuan yang tidak tepat.
73. Kesalahan-kesalahan oleh pegawai memerintah mengenai harta rampasan.
74. Lain-lain kesalahan mengenai harta rampasan.

Kesalahan-kesalahan Berhubung dengan Tribunal Perkhidmatan

75. Kesalahan-kesalahan berhubung dengan mahkamah tentera.
76. Keterangan palsu.
77. Memalsukan suratan perkhidmatan.
78. Tuduhan dsb. yang palsu.
79. Menyatakan maklumat dengan tiada kebenaran.
80. Cuba membunuh diri.
81. Menganiaya pegawai atau askar-laskar yang berpangkat rendah.
82. Penahanan gaji yang menyalahi undang.
83. Kelakuan keji.
84. Membawa barang-barang dengan tidak sepatutnya.
85. Kelakuan pegawai-pegawai yang mengaibkan.
86. Percubaan untuk melakukan kesalahan terhadap akta ini.
87. Kelakuan yang memudaratkan tatatertib perkhidmatan.
88. Kesalahan-kesalahan awam.

Hukuman

89. Hukuman bagi pegawai.
90. Hukuman bagi askar-laskar.
91. Peruntukan-peruntukan mengenai denda.
92. Hukuman medan.

Penangkapan

93. Penagkapan.
94. Peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan kelengahan selepas penangkapan.

Melaksanakan Terus Pertuduhan

95. Penyiasatan pertuduhan oleh pegawai yang memerintah.
96. Pertuduhan hendaklah dibicarakan terus oleh mahkamah tentera.
97. Pembicaraan-pembicaraan selanjutnya atas pertuduhan terhadap pegawai muda laut, 
kadet laut,pegawai kadet, kadet udara, askar-laskar dan anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai waren.
98. Perbicaraan selanjutnya mengenai pertuduhan terhadap pegawai bertauliah,pemangku naib leftenan laut dan pegawai waren.
99. Penolakn pertuduhan hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi.
100. Pengakuan salah kerana tinggal tugas oleh seseorang askar-laskar
101. Pegawai-pegawai yang dikehendaki bertindak sebagai pegawai-pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan.
102. Had kuasa bagi membicarakan terus pertuduhan.

Mahkamah Tentera: Peruntukan-peruntukan Am

103. Bidangkuasa dan kuasa mahkamah tentera.
104. Pihak berkuasa yang mengadakan mahkamah tentera.
105. Keanggotaan mahkamah tentera.
106. Peruntukan-peruntukkan tambahan berkenaan dengan keanggotaan mahkamah tentera.
107. Tempat bagi persidangan mahkamah-mahkamah tentera dan penangguhan untuk bersidang 
ditempat lain.

Mahkamah-mahkamah tentera peruntukan-peruntukan berhubung dengan perbicaraan

108. Cabaran oleh seseorang yang dituduh.
109. Mentadbirkan sumpah.
110. Mahkamah-mahkamah tentera hendaklah bersidang dalam mahkamah terbuka.
111. Pembubaran mahkamah-mahkamah tentera.
112. Keputusan mahkamah tentera.
113. Keputusan dan hukuman.
114. Kuasa mentabibkan kesalahan lain daripada kesalahan yang diperuntukan.
115. Kaedah-kaedah mengenai keterangan.
116. Keistimewaan bagi saksi-saksi dan orang-orang lain dalam mahkamah tentera.
117. Kesalahan-kesalahan oleh orang preman berhubung dengan mahkamah tentera.
118. Pengakuan

Acara

119. Kaedah Achara.
120. Kaedah-kaedah mengenai pelaksanaan tugas-tugas hakim peguam.
121. Memberi pertimbangan terhadap kesalahan-kesalahan.

Mengesah, Menyemak dan Mengkaji semula Pembicaraan-pembicaraan Mahkamah Tentera

122. Mengesahkan pembicaraan-pembicaraanmahkamah tentera.
123. Rayuan terhadap keputusan atau hukuman.
124. Menyemak keputusan-keputusan mahkamah tentera.
125. Kuasa pegawai pengesah.
126. Pegawai-pegawai pengesah.
127. Kelulusan serta pengesahan dikehendaki bagi hukuman-hukuman bunuh yang tertentu.
128. Mengulangkaji keputusan dan hukuman mahkamah tentera.
129. Menimbangkan semula hukuman-hukuman penjara dan tahanan.

Mengulangkaji Keputusan Terus Award

130. Mengulangkaji keputusan terus dan award.
131. Peruntukan jika yang di tuduh didapati gila.

Kecualian bagi Tugas-Tugas Ketua Hakim Peguam

132. Kecualian bagi tugas-tugas Hakim Peguam


Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Permulaan, Penggantungan dan Tempuh Hukuman

133. Permulaan Hukuman.
134. Tempoh hukuman-hukuman penjara dan tahanan.
135. Penggantungan hukuman-hukuman.

Melaksanakan Hukuman-hukuman Bunuh, Hukuman Penjara dan Tahanan

136. Melaksanakan hukuman-hukuman bunuh.
137. Kaedah-kaedah Penjaraan dan Tahanan.
138. Peruntukan-peruntukan khas mengenal penjara awam dan Persekutuan.
139. Peruntukan –peruntukan khas mengenai penjara awam dan Persekutuan.
140. Negeri di mana hukuman penjara atau tahanan hendak dijalani.
141. Menerima buat sementara orang-orang dalam tangkapan ke dalam jagaan awam.
142. Tugas penguasa penjara dan pegawai-pegawai lain untuk menerima orang salah.

Membicarakan Orang-orang yang Tidak Lagi Tertakluk kepadaUndang-undang Perkhidmatan dan Had-had Masa bagi Perbicaraan

143. Pembicaraan dan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan walaupun pesalah tidak lagi tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan.
144. Had masa bagi pembicaraan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang perkhidmatan.

Perhubungan antara Undang-undang Perkhidmatan dan MahkamahAwam dan Muktamadnya Pembicaraan-pembicaraan

145. Bidangkuasa mahkamah awam.
146. Tidak sasiapa boleh dibicarakan dibawah Akta ini atas kesalahan yang sudah dibicarakan.

Siasatan

147. Lembaga siasatan
148. Siasatan keatas ketiadaan hadiran

Peruntukan Pelbagai

149. Pemulehan atau pampas an bagi kesalahan mencuri
150. Perlantekan Ketua Hakim Peguam
151. Perlantekan hakim peguam
152. Perishtiharan
153. Jagaan rekod perbicaraan mahkamah tentera dan hak orang yang dituduh untuk mendapat satu
salinannya.
154. Kelepasan tanggongan bagi pegawai penjara
155. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peratoran dibawah Bahagian ini.

Tafsiran

156. Tafsiran bagi Bahagian V



Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

BAHAGIAN VI

GAJI, LUCUTAN DAN POTONGAN

Seksyen
157. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan Gaji dan Elaun.
158. Lucutan dan potongan, peruntukan am.
159. Lucutan kerana tidak hadirbertugas
160. Potongan bagi membayar penalty awam
161. Pampasan kerana kehilangan yang disebabkan oleh perbuatan salah atau kecuaian
162. Potongan kerana kerosakan barek
163. Peremitan bagi lucutan dan potongan
164. Menguatkuasakan perintah nafkah dan perintah menentukan bapa dengan potongan daripada gaji
165. Potongan daripada gaji bagi nafkah isteri atau anak
166. Had potongan dibawah seksyen 198 dan 199 dan natijah lucutan
167. Penyampaian proses dalam perbicaraan nafkah

BAHAGIAN VII

PERUNTUKAN AM

Kuasa memerintah
168. Kuasa memerintah
169. Kuasa memerintah apabila bahagian daripada perkhidmatan yang berlainan berkhidmat bersama

Pemulehan terhadap pengaduan

170. Pengaduan oleh pegawai171. Pengaduan oleh askar laskar 

Peruntukan mengenai kapal dibawah konvoi

172. Kapal dibawah konvoi

Peruntukan mengenai Salvej

173. Salvej oleh kapal atau kapal udara Seri Paduka Baginda

Peruntukan berkenaan dengan Orang Tinggal Tugas dan Anggota yang tidak hadir tanpa cuti

174. Penangkapan orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tampa cuti
175. Perbicaraan dihadapan sabuah mahkamah awam jika orang dishak sebagai tidak hadir dengan cara yang menyalahi undang-undang
176. Orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tanpa cuti yang menyerah kepada polis
177. Perakuan penangkapan atau penyerahan orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir 
178. Kewajipan penguasa penjara dan lain untuk menerima orang tinggal tugas dan anggota yang tidak hadir tanpa cuti.

Kesalahan berkenaan dengan Angkatan Tentera yang boleh dihukum oleh Mahkamah Awam

179. Hukuman kerana berpura sabagai seorang tinggal tugas180. Hukuman kerana menghalang anggota angkatan tetap dalam menjalankan tugas
 Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Peruntukan berkenaan dangan keterangan
181. Peruntukan am berkenaan dengan keterangan
182. Bukti bagi keputusan sasuatu perbicaraan awam
183. Keterangan perbicaraan mahkamah tentera

Peruntukan Pelbagai
184. Sekatan atas penurunan pangkat pegawai waran dan pegawai tidak bertauliah
185. Mengelakkan chas atas gaji tentera, pencen
186. Kuasa pegawai tertentu untuk membuat akuan berkenun
187. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan pencen

BAHAGIAN VIII

SIMPANAN ANGKATAN TETAP

188. Simpanan Pegawai
189. Penubuhan suatu simpanan angkatan tetap
190. Kerahan dengan perishtiharan
191. Kerahan untuk latihan
192. Pekerjaan awam anggota simpanan tidak tersentuh oleh perkhidmatan dalam simpanan
193. Pemberhentian kerja anggota simpanan
194. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peruntukan yang meliputi kerahan, gaji, laporan bagi anggota simpanan.

BAHAGIAN IX

ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN

195. Menubukan angkatan sukarela
196. Keanggotaan angkatan sukarela
197. Perantah
198. Mentauliahkan pegawai
199. Penubuhan Simpanan Pegawai
200. Pendaftaran perletakan jawatan dan berhenti kerja
201. Latihan dan petugas
202. Mengerah untuk berkhidmatn
203. Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan
204. Kesalahan
205. Lembaga Penyiasatan
206. Kuasa Yang diPertuan Agong untuk membuat kaedah
207. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan
208. Pengecualian daripada tangkapan awam tertentu

BAHAGIAN X

PEMAKAIAN AKTA DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN

Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan dibawah akta ini

209. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan peruntukan am
210. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan angkatan asing
211. Pemakaian akta kepada penumpang kapal dan kapal udara Seri Paduka Baginda
212. Pemakaian Akta kepada orang pereman

 pemakai : ia kepada Angkatan Tertentu

213. Pemakaian Akta kepada simpanan dan angkatan sukarela
214. Kuasa yang boleh dijalankan dalam perundangan kecil
215. Pelaksanaan perintah, surat cara
216. Peruntukan peralehan
217. Pemansokan enakmen dan ordinan yang ada

Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

Jadual Pertama
Jadual Kedua

Angkatan tentera
Undang Malaysia
Akta 77

AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972
Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan penubuhan,pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YangDipertuan Agong Peruntukan Pelbagai

184. Sekatan atas penurunan pangkat pegawai waran dan pegawai tidak bertauliah
185. Mengelakkan chas atas gaji tentera, pencen
186. Kuasa pegawai tertentu untuk membuat akuan berkenun
187. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan pencen

BAHAGIAN VIII

SIMPANAN ANGKATAN TETAP

188. Simpanan Pegawai
189. Penubuhan suatu simpanan angkatan tetap
190. Kerahan dengan perishtiharan
191. Kerahan untuk latihan
192. Pekerjaan awam anggota simpanan tidak tersentuh oleh perkhidmatan dalam simpanan
193. Pemberhentian kerja anggota simpanan
194. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peruntukan yang meliputi kerahan, gaji, laporan bagi anggota simpanan.

BAHAGIAN IX

ANGKATAN SUKARELA PERSEKUTUAN

195. Menubukan angkatan sukarela
196. Keanggotaan angkatan sukarela
197. Perantah
198. Mentauliahkan pegawai
199. Penubuhan Simpanan Pegawai
200. Pendaftaran perletakan jawatan dan berhenti kerja
201. Latihan dan petugas
202. Mengerah untuk berkhidmatn
203. Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan
204. Kesalahan
205. Lembaga Penyiasatan
206. Kuasa Yang diPertuan Agong untuk membuat kaedah
207. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan
208. Pengecualian daripada tangkapan awam tertentu


Akta Angkatan Tentera 1972 (Pindaan 1996)

BAHAGIAN X

PEMAKAIAN AKTA DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN

Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan dibawah akta ini

209. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan peruntukan am
210. Orang yang tertakluk kepada undang perkhidmatan angkatan asing
211. Pemakaian akta kepada penumpang kapal dan kapal udara Seri Paduka Baginda
212. Pemakaian Akta kepada orang pereman

 pemakai : ia kepada Angkatan Tertentu

213. Pemakaian Akta kepada simpanan dan angkatan sukarela
214. Kuasa yang boleh dijalankan dalam perundangan kecil
215. Pelaksanaan perintah, surat cara
216. Peruntukan peralehan
217. Pemansokan enakmen dan ordinan yang ada

Jadual Pertama
Jadual Kedua

Angkatan tentera
Undang Malaysia
Akta 77

AKTA ANGKATAN TENTERA, 1972

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan penubuhan,pentadbiran dan tatatertib angkatan tentera Malaysia.MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Tajuk Ringkas Dan Mula Berkuat Kuasa.

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Angkatan Tentera, 1972, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikhsebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Dipertuan Agong melalui pemberitahu dalam Warta.

2. Tafsiran.

Dalam Akta ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain, perbahasaan-perbahasan yang berikut hendaklah mempunyai erti yang dengan ini diberi kepadanya masing-masing:-"

anggota simpanan
"ertinya pegawai-pegawai dan askar-lasykar yang dikehendaki berkhidmat dalamSimpanan Angkatan Tetap di bawah Bahagian VIII apabila ditamatkan atau genap perkhidmatan penuhmasa mereka dalam angkatan tetap:"


anggota sukarela
"ertinya seorang anggota dalam mana-mana angkatan sukarela yang bukan seorang pegawai bertauliah dalam angkatan itu;"

angkatan sukarela
"termasuklah Askar Wataniah, Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia

angkatan tentera "atau"angkatan tentera Seri Paduka Baginda "termasuklah angkatan tetap dan angkatan sukarela Malaysia dan mana-mana angkatan lain yang diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agongdari semasa ke semasa sebagai angkatan tentera;"

angkatan tetap "termasuklah Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia: dengan syarat bahawa seseorang pegawai Simpanan Angkatan Tetap atau seseorangpegawai yang telah bersara dalam erti mana-mana undang-undang bertulis tidaklah dikira sebagai seoranganggota angkatan tetap kecuali setakat mana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Akta ini;"

askar-lasykar 
"ertinya sesiapa jua, kecuali seorang pegawai yang didaftarkan dalam angkatan tetap dan
(tertakluk kepada apa-apa penyesuaian dan ubahsuaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau syarat perkhidmatan berhubung dengan pelantikan, pinjaman atau pertugasan) mana-mana askar-lasykar tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negeri asingyang dilantik, dipinjamkan atau dipertugaskan dengan sempurnanya kepada angkatan tetap;"

bahan-bahan kapal udara "termasuklah:-(a) bahagian-bahagian dan komponan-komponan atau alatambah-alatambah kapal udara, sama adapada masa itu berada dalam kapal udara atau tidak;(b) injin, senjata, peluru, bom dan misail-misail lain dari apa-apa jenis dalam, atau untuk digunakandalam, kapal udara;(c) apa-apa alat, radas atau perkakas lain dalam, atau untuk digunakan dalam, kapal udara;(d) apa-apa radas yang digunakan berkenaan dengan keberangkatan-naik atau pendaratan kapaludara atau bagi mengesan pergerakan kapal udara; dan(e) apa-apa bahanapi atau benda-benda lain yang digunakan bagi menggerakkan kapal udara danapa-apa bahan yang digunakan sebagai pelicin atau penyejuk untuk kapal udara atau bahan kapal udara;"

berhadapan dengan musuh", berhubung dengan seseorang, ertinya bahawa ia sedang bertempur dengan musuh atau hampir hendak bertempur dengan musuh atau sedang diserang oleh musuh ataudiancam oleh serangan musuh yang mungkin berlaku dengan segera;"

bintang"termasuklah pingat, reben pingat, pita semat danlencana kelakuan baik;"

darurat"termasuklah peperangan, serangan, rusuhan, penderhakaan dan bencana awam sama ada yangsebenarnya atau yang dikhuatirkan;"

gaji pokok"ertinya apa-apa emolumen bagi seseorang pegawai atau askar laskar yang ditetapkan darisemasa ke semasa sebagai gaji pokok bagi maksud Akta ini oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawahseksyen 157;"

harta awam"ertinya apa-apa harta sama ada harta aleh atau harta takaleh kepunyaan mana-mana jabatan Kerajaan Persekutuan atau yang dipegang bagi maksud mana-mana jabatan itu;"

harta perkhidmatan"termasuklah harta kepunyaan sesuatu unit, institusi atau unit mes atau mana-manapertubuhan tempatan yang bersamaan dengan Institiut-institiut Tentera Laut, Tentera Darat dan TenteraUdara angkatan British;"

Kaedah-kaedah Acara"mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen 119;"


Kaedah-kaedah Lembaga Siasatan"ertinya Kaedah-kaedah berkenaan dengan lembaga-lembagasiasatan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 147;"

Kaedah-kaedah Penjaraan dan Tahanan"ertinya Kaedah-kaedah berkenaan dengan penjaraan dantahanan orang-orang yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang dibuatoleh Menteri di bawah seksyen 137;

Kapal Seri Paduka Baginda"ertinya apa-apa kapal bertauliah bagi Tentera Laut Diraja Malaysia atauSimpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia dan apa-apa kapal yang bertugas dalam perkhidmatanSeri Paduka Baginda, sama ada kepunyaan Seri Paduka Baginda atau tidak;"

kapal udara"ertinya apa-apa jentera untuk terbang, sama ada digerakkan dengan cara jentera atau tidakdan termasuklah apa-apa jenis belon;"

kapal udara Seri Paduka Baginda"ertinya apa-apa kapal udara dalam perkhidmatan Seri PadukaBaginda, sama ada kepunyaan Seri Paduka Baginda atau tidak;"

kerosakan"termasuklah kebinasaan dan sebutan mengenai "merosakkan" hendaklah diertikan 
sewajar-nya:"

kesalahan awam"mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2) dalam seksyen 88;“

Ketua Perkhidmatan”ertinya Ketua Tentera Darat, Ketua Tentera Laut atau Ketua Tentera Udara,mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pin. A974/96 

mahkamah awam"ertinya sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa jenayah biasa tetapi tidaktermasuk mana-mana mahkamah di luar Persekutuan kecuali jika diperuntukkan selainnya dengan nyata;"

mahkamah tentera", kecuali selainnya diperuntukkan dengan nyata, ertinya suatu mahkamah tentera dibawah Akta ini;"

Majlis Angkatan Tentera"ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 dalam PerlembagaanPersekutuan;

"mencuri"ertinya melakukan kesalahan mencuri sebagaimana yang ditaarifkan dalam Kanun Keseksaan;
N.M.B. Bab45. Sabah 3/S9. Swk. Bab57.

Menteri"ertinya Menteri yang bertanggongjawab bagi pertahanan;"

musoh"termasuklah semua orang yang mengambil bahagian dalam gerakan bersenjata menentang mana-mana angkatan tentera Seri Paduka Baginda atau mana-mana angkatan yang bekerjasama dengannya dan juga termasuklah pendahagi-pendahagi
bersenjata, penderhaka-penderhaka bersenjata, perusuh-perusuh bersenjata dan lanun-lanun;"

pangkat"ertinya apa-apa jua jenis pangkat dan termasuklah rate;"

pangkat memangku'' ertinya apa-apa jenis pangkat(walau apa jua namanya dipanggil) yang penyandangnya boleh diperintah diturunkan kepada pangkatasalnya oleh seseorang pegawai memerintah yang berkuasa di bawah peraturan-peraturan yang dibuat dibawah seksyen 155 dan "pemangku pegawai waran", "pemangku ketua pegawai kecil", "pemangkupegawai tidak bertauliah" dan "pemangku pegawai kecil" hendaklah diertikan sewajarnya;"


pegawai"ertinya sesiapa jua yang berpangkat atau berpangkat lebih tinggi daripada pegawai muda laut
atau pegawai kadet yang telah dilantik kepada atau ditauliahkan dalam angkatan tentera dan (tertaklukkepada apa-apa penyesuaian dan ubahsuaian sebagaimana yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau syarat-syarat perkhidmatan berhubung dengan pelantikan, pinjaman atau pertugasan)mana-mana pegawai tentera laut, tentera darat atau tentera udara sesuatu negeri asing yang telah dilantik,dipinjamkan atau dipertugaskan dengan sempurnanya kepada angkatan tentera;
Pin. A974/96 

pegawai atasan", berhubung dengan mana-manapegawai atau askar laskar lain, ertinya mana-mana pegawai atau askar laskar yang diberi kuasa untukmemberi sesuatu perintah yang sah kepada pegawai atau askar laskar itu menurut Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau menurut kelaziman Perkhidmatan;"

pegawai memerintah", berhubung dengan sesiapa jua,ertinya pegawai, walau apa jua pangkatnya, yang secara langsung memerintah unit, kapal, stesen, ataupasukan di mana ia berkhidmat atau bertugas;

pegawai polis tentera"ertinya mashal polis tentera atau pegawai polis tentera yang dilantik untukmenjalankan tugas-tugas yang diberi oleh atau di bawah Akta ini kepada pegawai-pegawai polis tentera;"

pihak berkuasa atasan yang berkenaan"mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2)dalam seksyen 101;"

pihak berkuasa yang layak"ertinya Majlis Angkatan Tentera atau mana-mana pegawai yang dilantik olehMajlis Angkatan Tentera bagi maksud itu;"

penangkapan"ertinya penangkapan terbuka dan penangkapan oleh pihak berkuasa awam;“

Perintah Majlis Angkatan Tentera”ertinya arahan atau perintah yang dikeluarkan oleh Majlis AngkatanTentera mengikut Akta ini.
Pin. A974/96 "

perkhidmatan"jika digunakan sebagai kata sifat, ertinya berada dalam atau berkenaan dengan angkatantentera atau mana-mana bahagian angkatan tentera tersebut;"

salahguna secara tipuan"termasuklah, mengikut mana yang berkenaan, suatu kesalahan pecahamanah jenayah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Kesiksaan dan perkataan-perkataan"menyalahguna secara tipuan" hendaklah diertikan sewajarnya;"

semboyan udara"ertinya apa-apa perutusan, semboyan atau tanda yang diberi, dengan apa-apa cara jua, bagi panduan kapal udara atau sesuatu kapal udara tertentu;"

simpanan"ertinya Simpanan Angkatan Tetap yang ditubuhkan di bawah seksyen 189;"

tahanan gaji"ertinya mendapatkan, melalui potongan-potongan dari gaji pesalah, sesuatu jumlah wangyang tertentu sebagai pampasan bagi apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan disebabkan olehsuatu kesalahan yang dilakukan terhadap Akta ini;
Pin. A974/96 

“tarikh yang ditetapkan”ertinya suatu tarikh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalamWarta dan Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya berbagai-bagai peruntukan dan tarikh-tarikh itu bolehlah lebih awal daripada tarikh Akta inidisiarkan.
Pin. A974/96 


3. Peruntukan Mengenai Perkhidmatan Giat.
(1) Dalam Akta ini perbahasaan "dalam perkhidmatan giat", berhubung dengan sesuatu angkatan ertinyabahawa angkatan itu sedang bertempur dengan musuh atau berada dalam sesuatu negeri atau wilayahdi luar Persekutuan bagi maksud memelihara jiwa atau harta atau sedang menduduki sesuatu negeriasing secara tentera, dan berhubung dengan seseorang ertinya bahawa orang itu sedang berkhidmatdalam atau dengan sesuatu angkatan yang sedang dalam perkhidmatan giat.

(2) Jika Menteri berpendapat bahawa, oleh kerana perkhidmatan giat mungkin berlaku dengan segera atautelah wujud baharunya, adalah perlu sesuatu angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat, iaboleh mengisytiharkan supaya angkatan itu disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat  bagi sesuatu tempoh, tidak lebih daripada tiga bulan, mulai dari tarikh perisytiharan itu mula berkuat kuasasebagaimana yang dinyatakan di dalamnya.

(3) Jika Menteri berpendapat adalah perlu supaya tempoh yang dinyatakan dalam sesuatu perisytiharan dibawah seksyen kecil yang akhir tersebut di atas itu patut dilanjutkan atau, jika telah dilanjutkan dahulunya dibawah seksyen kecil ini, tempoh itu patut dilanjutkan lagi, maka ia boleh mengisytiharkan dinyatasupaya tempoh tersebut dilanjutkan selama sesuatu tempoh, yang tidak lebih daripada tiga bulan, mengikutsebagaimana yang dinyatakan dalam perisytiharan di bawah seksyen kecil ini.

(4) Jika, pada bila-bila masa mana-mana angkatan disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat menurutperuntukan-peruntukan seksyen ini yang di atas, Menteri berpendapat bahawa tiada apa-apa perlunyabagi angkatan itu dianggap sebagai masih dalam perkhidmatan giat, maka ia boleh mengarahkansupaya mulai dari tarikh arahan itu mula berkuat kuasa angkatan itu hendaklah terhenti daripada disifatkan sebagai dalam perkhidmatan giat; tetapi apa-apa arahan di bawah seksyen kecil ini tidak akan menyentuh apa-apa yang dilakukan menurut perisytiharan sebelum arahan itu mula berkuatkuasa.
(5) Menteri boleh mewakilkan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh seksyen kecil (2) dan (3) seksyenini kepada mana-mana pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada kolonel atau yang setaraf dengannya yang memerintah sesuatu angkatan yang sedang berkhidmat di luar Persekutuan:
Pin. A974/96 
Dengan syarat bahawa sebelum seseorang pegawai yang telah diwakilkan oleh Menteri segala ataumana-mana kuasanya yang tersebut di atas itu membuat suatu perisytiharan di bawah seksyen ini iahendaklah, melainkan jika ia berpuas hati bahawa perhubungan tidak mungkin dibuat dengan cukup cepatdengan Menteri, mendapatkan persetujuan Menteri terhadap perisytiharan itu; dan jika dalam apa-apa halpersetujuan itu tidak dapat diperolehi sebelum sesuatu perisytiharan di bawah seksyen ini dibuat pegawaiitu hendaklah melaporkan kepada Menteri dengan seberapa segera yang boleh bahawa perisytiharan itutelah dibuat.

BAHAGIAN II

ANGKATAN TETAP MALAYSIA

4. Menubuhkan Angkatan Tetap.

(1) Maka hendaklah di tubuh dan disenggarakan dalam Persekutuan tiga Perkhidmatan angkatan tetapyang berikut,(a) "Tentera Darat Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Malaysian Army" (kemudian daripada inidisebut "Tentera Darat");(b) "Tentera Laut Diraja Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Royal Malaysian Navy" (kemudian daripada ini disebut "Tentera Laut"); dan(c)"Tentera Udara Diraja Malaysia" atau dalam bahasa Inggeris "The Royal Malaysian Air Force"(kemudian daripada ini disebut "Tentera Udara").

(2) Dalam tiap-tip satu tahun perbelanjaan yang dicadang akan dilakukan bagi angkatan tetap hendaklah
dimasukkan dalam jumlah anggaran perbelanjaan yang akan dilakukan bagi angkatan tentera.




5. Keanggotaan Angkatan Tetap.
(1) Angkatan tetap hendaklah terdiri daripada kor, kapal, pasukan dan lain-lain komponen sebagaimanayang diwujud dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera denganpersetujuan Yang Dipertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta

(2) Tiap-tiap kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen yang diwujud atau ditubuhkan melalui perintahyang dibuat di bawah peruntukan-peruntukan seksyen kecil yang akhir tersebut di atas hendaklahmempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh MajlisAngkatan Tentera dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong dalam perintah itu.

(3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana kor, kapal, pasukanatau lain-lain komponen yang diwujud, ditubuh dan dinamakan seperti di atas hendaklah ditafsirkansebagai suatu sebutan mengenai kor, kapal, pasukan atau lain-lain komponen itu atau, mengikutmakna yang dikehendaki oleh kandungan ayatnya, mengenai anggotanya.

(4) Sesuatu kor, angkatan atau lain-lain komponen hendaklah terdiri daripada unit-unit sebagaimana yangditentukan oleh Majlis Angkatan Tentera dari semasa ke semasa.

(5) Majlis Angkatan Tentera, dengan kelulusan Yang Dipertuan Agong, boleh dari semasa ke semasa,melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melakukan mana-mana daripada perkara-perkara yangberikut, iaitu:-(a) membubar mana-mana kor, pasukan atau lain-lain komponen itu pada kesemuanya atau sebahagiannya; atau

(b) menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain atau mana-mana pasukan dengan mana-mana pasukan lain atau mana-mana komponen dengan mana-mana komponen lain; atau

(c) memotong nama mana-mana kapal dari daftar; atau

(d) mengubah atau meminda nama atau gelaran mana-mana kor, kapal, pasukan atau lain-lainkomponen.

5A.       Perkhidmatan Di Luar Malaysia
Pin. A974/96

Majlis Angkatan Tentera boleh menghendaki seseorang pegawai atau askar laskar berkhidmat di luar Malaysia.

5B.       Pertugasan Pegawai Atau Askar Laskar Kepada Angkatan Di Dalam Dan Di Luar Malaysia. Akta 432.
Pin. A974/96 

(1)   Majlis Angkatan Tentera boleh mempertugaskan buat sementara mana-mana pegawai atau askar laskar kepada:-

(a)   mana-mana angkatan pelawat yang ada di Malaysia menurut perenggan (b) sub-seksyen (1)seksyen 17 Akta Angkatan Pelawat 1960; atau

(b)   mana-mana angkatan asing sesuatu negara lain di luar Malaysia.

(2)   Sesuatu perintah yang dibuat menurut perenggan (b) subseksyen (1) hendaklah mengikat pegawaiatau askar-lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada undang-undang tentera di bawahAkta ini setakat, dan tertakluk kepada apa-apa padanan dan ubahsuaian sebagaimana yangdiperuntukkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pertugasananggota angkatan itu di negara itu.

5C.        Peminjaman Pegawai Atau Askar Laskar.
Pin. A974/96 

Majlis Angkatan Tentera boleh meminjamkan seseorang pegawai atau askar-lasykar ke perkhidmatan:-(a) sesuatu jabatan Kerajaan Persekutuan;

(b) sesuatu Negeri;

(c) sesuatu pihak berkuasa tempatan;

(d) sesuatu badan berkanun; atau

(e) sesuatu organisasi,

di dalam atau di luar Malaysia:

Dengan syarat bahawa pegawai atau askar laskar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah terus menjadi anggota angkatan tetap tetapi saraannya hendaklah dibayar oleh jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa atau organisasi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yangkepada perkhidmatannya dia dipinjamkan.

5D.       Kegunaan Bagi Maksud Operasi.

Seksyen 5A, 5B dan 5C tidaklah terpakai berhubungan dengan kegunaan bagi maksud operasi pegawai atau askar-lasykar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pin. A974/96


No comments:

Post a Comment