SEJARAH
Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai Kompeni percubaan Pasukan Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.
Kedua-dua batalion ini menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda ancaman Komunis dan Darurat telah diisytiharkan tahun 1948. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion.
Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Tentera Darat Malaysia dipermodenkan menjadi satu pasukan tentera unuk peperangan konvensional.
MAKSUD-MAKSUD LAMBANG TENTERA DARAT
Mahkota - Melambangkan Taat Setia Tentera Darat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
Bulan dan Bintang - Melambangkan sikap anggota Tentera Darat Malaysia yang taat setia kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi Negara.
Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya. Berlian melambangkan kekayaan hasil bumi yang dinikmati rakyat Malaysia.
Kalungan Bunga Padi sebanyak 16 butir menunjukkan 16 kor yang terdapat di dalam Tentera Darat Malaysia. Keris Bersilang Duku Ilang melambangkan keperwiraan. Lambang ini menunjukkan pantang undur dan sanggup berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.
KELENGKAPAN TENTERA DARAT
SENJATA BAGI INFANTRI STANDARD
ARMOR
Model | Asal | Kegunaan | Versi | Jumlah | Nota |
---|---|---|---|---|---|
Bumar-Labedy PT-91 | Poland | Kereta kebal utama | PT-91M "Pendekar" | 48 | |
FNSS ACV 300 | Turki | Kenderaan tempur infantri | ACV 300 Adnan | 211 | Penghantaran tambahan 30 unit dijadualkan pada 2010 berdasarkan pengumuman diDSA 2008. |
MIFV K200 | Korea Selatan | Kenderaan pembawa anggota | K-200 KIFV yang dimodenkan | 111 | |
FV101 Scorpion | UK | Kereta kebal ringan | FV 101 Scorpion | 26 | |
Sibmas | Belgium | Kenderaan sokongan tembakan berperisai | Sibmas 90 | 184 | |
Rheinmetall Condor | Jerman Barat | Kenderaan pembawa anggota berperisai | Condor APC | 460 | |
Alvis Stormer | UK | Kenderaan berperisai ringan | - | 25 | |
Haegglunds Bandvagn 206 | Sweden | Kenderaan berperisai ringan | - | 80 | |
Avibras AV-VBL | - | Kenderaan arahan artileri | AV-VBL | 4 | |
V-150 | Amerika Syarikat | Kenderaan sokongan tembakan berperisai Kenderaan pembawa anggota | - | - | |
Pindad APS-3 | Indonesia | Kenderaan pembawa anggota berperisai | Anoa | 30 | Bagi kegunaan tentera pengaman Malaysia di Lebanon. |
KENDERAAN PENGANGKUT
- 1511x Trak HICOM Handalan (4x4) 3 tan.
- 168x Kenderaan penarik meriam Pinzgauer (4x4) 2 tan.
- 164x Pengangkut mortar Pinzgauer (6x6) 2 tan dengan 144 treler peluru.
- 85x Kenderaan taktikal berkelajuan tinggi URO VAMTAC (Vehículo de Alta Movilidad Táctico) (4x4) 3 tan.
- 13x Kenderaan kembalik ringan Isuzu FTS33H (4x4) 6 tan.
- 29x Pelindung komunikasi Isuzu FSS32G (4x4) 5 tan.
- 19x Ambulans medan IVECO M4010 (4x4) 2 tan.
- 04x Kenderaan komunikasi satelit IVECO M4012 (4x4) 2 tan.
- 33x Ambulans medan Gomba Stonefield.
- 4x4 Land Rover Defender .
- 4x4 G-wagon (pemasangan tempatan).
- Trak Mercedez Benz 911 3 tan (dibersarakan)
- Trak TATA 1613 3 tan.
- Trak Bedford RL 3 tan (dibersarakan)
- Volvo C303 (dibersarakan).
PELURU BERPANDU
Nama | Asal | Versi | Jumlah | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Pertahanan udara | ||||||
MBDA Rapier | United Kingdom | "Jernas" | 15 | - | ||
Shorts Starburst | United Kingdom | Standard | 700 | Kebanyakan dipasang pada pelancar LML | ||
Anza | Pakistan | Mk.II | 500 | PAC only | ||
9K38 Igla | Rusia | SA-18 | 200 | Sistem pertahanan udara mudah alih. |
RADAR
- Radar pertahanan udara Ericsson GIRAFFE.
- Radar pertahanan udara Oerlikon Skyguard
- Radar pencari artileri Ericsson ARTHUR.
- Radar pengawasan darat Aselsan Askarad.
PASUKAN UDARA
- 9x SA316B Aérospatiale Alouette III
- 11x Agusta-Westland A109H
*SUMBER RUJUKAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Darat_Malaysia
No comments:
Post a Comment